NORA ELENA

SETH TAN & NORA ELENA


Salam,

Dah lama tak update blog ni sebab terlampau sibuk "pecah kepala" untuk skrip terbaru.
Kali ini untuk filem pulak....apa? Nora Elena? Bukan filem Nora Elena...belum lagi...

InsyaAllah sampai masa akan war-warkan disini.

Sesuai dengan tajuk entry kali ni...just nak share beberapa penemuan penting untuk
NORA ELENA...yang dah masuk episode ke 12...minggu depan ep13 la pulak...dan lepas tu kira sendiri ye...sedar tak sedar dah 3 minggu Nora Elena muncul menghiburkan hari anda dan mungkin terbawa-bawa kedalam tidur anda...

Jadi kalau nak memeriahkan lagi berborak tentang siri Drama Nora Elena silalah ke:

FORUM - Di sini anda bolehlah mencari thread yang bersesuaian dengan NE, untuk anda sama-sama memeriahkan forum Nora Elena.

FACEBOOK - Di sini pula tempat anda bersembang lagi dengan peminat NE, yang sudah menjangkaui lebih 20K peminat.

Suka saya nyatakan disini, episode yang berikut akan lebih suspen/lucu lagi...nak tahu ending? Tengok jelah sama-sama...tak mahu jadi spoiler nanti...

Cuma apa yang boleh saya nyatakan, novel KASIH YANG SUCI dan DRAMA NORA ELENA adalah dua entiti yang berbeza - jalan cerita dan watak yang lebih kurang sama - nama pun adaptasi longgar - jadi sudah semestinya kepuasan penonton lain akan di ambil kira.

Okay...ini saje entri buat kali ni...nak sambung menulis skrip yang lain pulak...InsyaAllah...

Ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah pada Kak Maizura Ederis dan Shida Zali, kerana berjaya menjadikan Nora Elena sebuah cerita yang dahsyat...respek!!

Semoga lebih banyak karya sebegini rupa dapat dihasilkan dengan sambutan yang baik dari para penonton...terima kasih!




DRAMA NORA ELENA TV3 Episod Sinopsis


DRAMA NORA ELENA
SLOT AKASIA TV3
7mlm setiap Isnin - Khamis
bermula 9 Mei 2011



Siti Saleha sbg Nora Elena
&
Aaron Aziz sbg Seth Tan

Zul Ariffin sbg Eid


Ep 1

Kisah bermula - Nora Elena (lakonan Siti Saleha) semasa berumur 15 tahun telah diragut kesuciannya satu masa dahulu oleh seorang lelaki bertopeng.

2011 - Nora Elena dipaparkan menjadi seorang wanita yang tidak percayakan lelaki tetapi hatinya telah dimiliki oleh tunangnya, Eid (Saiful Idham lakonan Zul Ariffin). Eid pula amat sibuk mengejar kerjaya dan menyanjung tinggi Bos di syarikatnya iaitu Seth Tan (lakonan Aaron Aziz) yang dianggap sebagai mentor.

Insiden air tertumpah dibaju Seth membuatkan Nora Elena terpaksa membasuh baju Seth...bermulalah detik dimana Seth terserempak dengan tunangan orang ini dan seperti ingin mengenali Nora Elena dengan lebih dekat lagi.

WALKTHROUGH YANG LEBIH DETAIL DISINI (ulasan dari Ms. Leanne!)

__________________________________________________________________

Ep 2

Yvonne dalam diam ada menaruh hati terhadap Seth dan mula bertanya bagaimana Seth mengenali tunangan Eid, pekerjanya. Barulah sekarang Seth sedar Nora Elena adalah milik Eid.

Dalam masayang sama, Nora Elena cuba untuk memberitahu Eid yang dia bukan perawan. Nora tiada peluang kerana Eid sibuk dan ada saja kejadian yang tidak memberi peluang kepada Nora untuk memberitahu perkara sebenar pada Eid. Nora dalam dilemma kerana isu ini mungkin penting demi perkahwinan mereka.

Eid masih lagi sibuk dengan kerjanya. Peluang untuk bertemu dengan Nora Elena digunakan Seth apabila Nora dipelawa untuk dihantar ke butik pengantin untuk mencuba baju perkahwinannya yang akan berlangsung dalam masa 3 minggu lagi.

Nora yang mahukan Eid hadir untuk mencuba baju pengantin tidak dapat menahan marah apabila Seth yang hadir melihatnya memakai baju pengantin. Mungkin perkara itu tidak disengajakan ataupun takdir.

WALKTHROUGH YANG LEBIH DETAIL DISINI (ulasan dari Ms. Leanne!)

__________________________________________________________________

DAH DEMAM? JOM SAMBUNG EPISODE 3 LA PULAK?

Episode 3

Nora Elena masih tertanya-tanya betulkah Amir yang merampas kesuciannya satu waktu dahulu?

Amir bertemu dengan Seth yang dahulunya mengenali sesama sendiri semasa di Kg. Sepakata Jaya, Mersing.

Seth pula masih lagi terus mencari Nora Elena yang sebenar dan Maria adiknya telah menemui Nora Elena melalui facebook dengan nama Qaseh Suchi.

Eid pula mengetahui tentang insiden Seth Tan menjemput Nora Elena di butik pengantin, mula mengesyaki yang bukan-bukan.

Apakah tindakan Eid yang seterusnya?

WALKTHROUGH YANG LEBIH DETAIL DISINI (ulasan dari Ms. Leanne!)

__________________________________________________________________

INFORMASI TAMBAHAN:

Pengarah: Jet Li
Pelakon Utama: Siti Saleha dan Aaron Aziz
Penulis Cerita Asal: Meen Zulaikha (Penulis Novel Kasih Yang Suci - Alaf 21)
Kredit Gambar dari Nurizspace.com

KLIK DISINI untuk menjadi peminat NORA ELENA di FACEBOOK.

SEARCH TWITTER DISINI

__________________________________________________________________



DRAMA NORA ELENA SLOT AKASIA TV3


NORA ELENA - slot AKASIA di TV3, 7 malam bermula 9hb Mei 2011.

Dapatkan Episod Sinopsis DISINI

(SEBUAH ADAPTASI LONGGAR - Kenapa Longgar? sebab dalam drama; untuk mendapatkan lebih cinematography, novel itu adalah sebagai panduan sahaja untuk mengikut storyline dan mengeluarkan lebih lagi apa yang tersurat dan tersirat...itulah namanya daya kreativiti yang subjektif...kisah dalam novel tidak boleh diambil bulat-bulat kerana penonton rata-rata sudah "hafal" dan "khatam"novel KASIH YANG SUCI dan ini mungkin boleh menimbulkan kebosanan kepada sesetengah pihak...harap tiada lagi yang "kompius tahap gaban" kenapa novel dan drama tidak sama...harapa kami adalah supaya semua peringkat umur dapat menikmati drama ini dengan lebih berkesan...akhir kalam: "manusia sememangnya tidak pernah puas"...nauzzubillah)


Nora Elena & Seth Tan



Penulis-2 Drama Nora Elena
bersama
Novelis Kasih Yang Suci
Dari kiri:
Azril Hamzah, Meen Zulaikha, Shida Zali & Maizura Ederis

Alhamdulillah...dan kami sudah hampir bersedia menerima kritikan...adaptasi longgar dari Novel Bestseller "Kasih Yang Suci" karya Meen Zulaikha...sebuah novel yang banyak mendapat pujian dari peminat novel ini...harapnya kelainan yang dibawakan masih dapat diterima peminat setia novel ini...semuanya demi menjadikan adaptasi ini lebih menarik dan sesuai untuk tontonan umum...InsyaAllah...

Drama NORA ELENA ini bakal ditayangkan dalam slot AKASIA di TV3, 7:00mlm bermula 9hb Mei 2011.

Pengarah: Jet Li
Pelakon Utama: Siti Saleha dan Aaron Aziz







Share This Please?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...