ELLY & EPIT - ASTRO CERIA


ELLY & EPIT - ASTRO CERIA


http://www.youtube.com/astroceriatv


20.11.2011
10.00 pagi - 12.00 tengah hari


NORA ELENA

SETH TAN & NORA ELENA


Salam,

Dah lama tak update blog ni sebab terlampau sibuk "pecah kepala" untuk skrip terbaru.
Kali ini untuk filem pulak....apa? Nora Elena? Bukan filem Nora Elena...belum lagi...

InsyaAllah sampai masa akan war-warkan disini.

Sesuai dengan tajuk entry kali ni...just nak share beberapa penemuan penting untuk
NORA ELENA...yang dah masuk episode ke 12...minggu depan ep13 la pulak...dan lepas tu kira sendiri ye...sedar tak sedar dah 3 minggu Nora Elena muncul menghiburkan hari anda dan mungkin terbawa-bawa kedalam tidur anda...

Jadi kalau nak memeriahkan lagi berborak tentang siri Drama Nora Elena silalah ke:

FORUM - Di sini anda bolehlah mencari thread yang bersesuaian dengan NE, untuk anda sama-sama memeriahkan forum Nora Elena.

FACEBOOK - Di sini pula tempat anda bersembang lagi dengan peminat NE, yang sudah menjangkaui lebih 20K peminat.

Suka saya nyatakan disini, episode yang berikut akan lebih suspen/lucu lagi...nak tahu ending? Tengok jelah sama-sama...tak mahu jadi spoiler nanti...

Cuma apa yang boleh saya nyatakan, novel KASIH YANG SUCI dan DRAMA NORA ELENA adalah dua entiti yang berbeza - jalan cerita dan watak yang lebih kurang sama - nama pun adaptasi longgar - jadi sudah semestinya kepuasan penonton lain akan di ambil kira.

Okay...ini saje entri buat kali ni...nak sambung menulis skrip yang lain pulak...InsyaAllah...

Ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah pada Kak Maizura Ederis dan Shida Zali, kerana berjaya menjadikan Nora Elena sebuah cerita yang dahsyat...respek!!

Semoga lebih banyak karya sebegini rupa dapat dihasilkan dengan sambutan yang baik dari para penonton...terima kasih!




DRAMA NORA ELENA TV3 Episod Sinopsis


DRAMA NORA ELENA
SLOT AKASIA TV3
7mlm setiap Isnin - Khamis
bermula 9 Mei 2011



Siti Saleha sbg Nora Elena
&
Aaron Aziz sbg Seth Tan

Zul Ariffin sbg Eid


Ep 1

Kisah bermula - Nora Elena (lakonan Siti Saleha) semasa berumur 15 tahun telah diragut kesuciannya satu masa dahulu oleh seorang lelaki bertopeng.

2011 - Nora Elena dipaparkan menjadi seorang wanita yang tidak percayakan lelaki tetapi hatinya telah dimiliki oleh tunangnya, Eid (Saiful Idham lakonan Zul Ariffin). Eid pula amat sibuk mengejar kerjaya dan menyanjung tinggi Bos di syarikatnya iaitu Seth Tan (lakonan Aaron Aziz) yang dianggap sebagai mentor.

Insiden air tertumpah dibaju Seth membuatkan Nora Elena terpaksa membasuh baju Seth...bermulalah detik dimana Seth terserempak dengan tunangan orang ini dan seperti ingin mengenali Nora Elena dengan lebih dekat lagi.

WALKTHROUGH YANG LEBIH DETAIL DISINI (ulasan dari Ms. Leanne!)

__________________________________________________________________

Ep 2

Yvonne dalam diam ada menaruh hati terhadap Seth dan mula bertanya bagaimana Seth mengenali tunangan Eid, pekerjanya. Barulah sekarang Seth sedar Nora Elena adalah milik Eid.

Dalam masayang sama, Nora Elena cuba untuk memberitahu Eid yang dia bukan perawan. Nora tiada peluang kerana Eid sibuk dan ada saja kejadian yang tidak memberi peluang kepada Nora untuk memberitahu perkara sebenar pada Eid. Nora dalam dilemma kerana isu ini mungkin penting demi perkahwinan mereka.

Eid masih lagi sibuk dengan kerjanya. Peluang untuk bertemu dengan Nora Elena digunakan Seth apabila Nora dipelawa untuk dihantar ke butik pengantin untuk mencuba baju perkahwinannya yang akan berlangsung dalam masa 3 minggu lagi.

Nora yang mahukan Eid hadir untuk mencuba baju pengantin tidak dapat menahan marah apabila Seth yang hadir melihatnya memakai baju pengantin. Mungkin perkara itu tidak disengajakan ataupun takdir.

WALKTHROUGH YANG LEBIH DETAIL DISINI (ulasan dari Ms. Leanne!)

__________________________________________________________________

DAH DEMAM? JOM SAMBUNG EPISODE 3 LA PULAK?

Episode 3

Nora Elena masih tertanya-tanya betulkah Amir yang merampas kesuciannya satu waktu dahulu?

Amir bertemu dengan Seth yang dahulunya mengenali sesama sendiri semasa di Kg. Sepakata Jaya, Mersing.

Seth pula masih lagi terus mencari Nora Elena yang sebenar dan Maria adiknya telah menemui Nora Elena melalui facebook dengan nama Qaseh Suchi.

Eid pula mengetahui tentang insiden Seth Tan menjemput Nora Elena di butik pengantin, mula mengesyaki yang bukan-bukan.

Apakah tindakan Eid yang seterusnya?

WALKTHROUGH YANG LEBIH DETAIL DISINI (ulasan dari Ms. Leanne!)

__________________________________________________________________

INFORMASI TAMBAHAN:

Pengarah: Jet Li
Pelakon Utama: Siti Saleha dan Aaron Aziz
Penulis Cerita Asal: Meen Zulaikha (Penulis Novel Kasih Yang Suci - Alaf 21)
Kredit Gambar dari Nurizspace.com

KLIK DISINI untuk menjadi peminat NORA ELENA di FACEBOOK.

SEARCH TWITTER DISINI

__________________________________________________________________



DRAMA NORA ELENA SLOT AKASIA TV3


NORA ELENA - slot AKASIA di TV3, 7 malam bermula 9hb Mei 2011.

Dapatkan Episod Sinopsis DISINI

(SEBUAH ADAPTASI LONGGAR - Kenapa Longgar? sebab dalam drama; untuk mendapatkan lebih cinematography, novel itu adalah sebagai panduan sahaja untuk mengikut storyline dan mengeluarkan lebih lagi apa yang tersurat dan tersirat...itulah namanya daya kreativiti yang subjektif...kisah dalam novel tidak boleh diambil bulat-bulat kerana penonton rata-rata sudah "hafal" dan "khatam"novel KASIH YANG SUCI dan ini mungkin boleh menimbulkan kebosanan kepada sesetengah pihak...harap tiada lagi yang "kompius tahap gaban" kenapa novel dan drama tidak sama...harapa kami adalah supaya semua peringkat umur dapat menikmati drama ini dengan lebih berkesan...akhir kalam: "manusia sememangnya tidak pernah puas"...nauzzubillah)


Nora Elena & Seth Tan



Penulis-2 Drama Nora Elena
bersama
Novelis Kasih Yang Suci
Dari kiri:
Azril Hamzah, Meen Zulaikha, Shida Zali & Maizura Ederis

Alhamdulillah...dan kami sudah hampir bersedia menerima kritikan...adaptasi longgar dari Novel Bestseller "Kasih Yang Suci" karya Meen Zulaikha...sebuah novel yang banyak mendapat pujian dari peminat novel ini...harapnya kelainan yang dibawakan masih dapat diterima peminat setia novel ini...semuanya demi menjadikan adaptasi ini lebih menarik dan sesuai untuk tontonan umum...InsyaAllah...

Drama NORA ELENA ini bakal ditayangkan dalam slot AKASIA di TV3, 7:00mlm bermula 9hb Mei 2011.

Pengarah: Jet Li
Pelakon Utama: Siti Saleha dan Aaron Aziz







Ayu & Tampan - Penyiasat Imej

TV3 5:30petang setiap Isnin
Start Date: 04 April 2011

Pelakon Zizan Nin meluahkan perasaan apabila merasakan dirinya seperti hendak mati kerana terlalu sibuk dengan jadual penggambaran.Zizan berkata, kesibukan itu menyebabkan waktu rehatnya terganggu sehingga dia pernah tertidur di dalam tandas akibat terlalu penat. “Pada hari pertama saya menjalani penggambaran sebuah program kecantikan Ayu & Tampan,saya sudah bangun seawal pukul 3 pagi kerana perlu berada di lokasi pada pukul 5.30 pagi.

JULIANA IBRAHIM & ZIZAN NIN
(AYU & TAMPAN - PENYIASAT IMEJ)

“Disebabkan saya tidak sihat, saya tertidur dalam tandas sehinggalah dikejutkan oleh isteri saya,” ujarnya.

Menurut Zizan, selepas dia ke klinik, doktor menasihatinya supaya berehat dengan memberinya cuti sakit tetapi dia terpaksa juga ke lokasi penggambaran kerana perlu meneruskan kerja yang telah dijanjikan

Kata Zizan, sebelum ini dia sibuk dengan penggambaran drama 13 episodMimi Mencari Cinta di samping pelakon Scha Al-Yahya selain berlakon untuk siri televisyen Ayu & Tampan sebagai penyiasat imej.

Siri tersebut merupakan program berbentuk drama dan temu bual melibatkan tiga jenama kecantikan dan kesihatan iaitu Yun Nam Hair Care, London Weight Management dan New York Skin Solutions.

Ia akan disiarkan bermula 4 April ini pukul 5.30 petang di TV3. Selain Zizan, siri berkenaan turut dilakonkan oleh Juliana Ibrahim.

Jelas Zizan, dia perlu mematuhi masa yang ditetapkan semasa penggambaran siri tersebut walaupun tugasnya agak berat.

“Jadual saya sangat sibuk sehingga kadangkala saya hanya boleh tidur dua hingga tiga jam. Walaupun tidak sihat, saya tidak boleh batalkan temu janji untuk menemu bual pakar dan pelanggan untuk program berkenaan kerana ia telah melibatkan jadual mereka.

“Jika tidak, saya akan menimbulkan masalah kepada pihak produksi dan pihak lain yang terlibat kerana kami perlu menyelesaikannya pada masa yang ditetapkan,” katanya.

Bercerita tentang pengalaman menemu bual pihak terbabit, Zizan tiada masalah kerana dia pernah mengendalikan program yang hampir sama berjudul Pakar Kecantikan musim ketiga.

“Saya suka bertanya seperti bagaimana mereka mendapatkan rawatan dan kebanyakan pelanggan menjawab berdasarkan pengalaman sendiri. Untuk permulaan dan akhir siri ini, saya dan Juliana perlu berlakon sedikit sebagai wartawan imej sebuah syarikat majalah

“Saya lebih fokuskan kepada persoalan melibatkan masalah kulit dan rambut manakala Juliana lebih kepada masalah berat badan,” katanya yang sibuk dengan penggambaran siri tersebut sepanjang Mac dan April ini.

Sempena pelancaran siri 12 episod ini, ketiga-tiga jenama itu memulakan peraduan pencarian ‘Cover Model’ bagi mereka yang inginkan perubahan imej.

Peraduan ini bermula 31 Mac lalu dan dibuka kepada lelaki dan wanita yang mempunyai masalah rambut, berat badan atau kulit. Mereka harus berumur 18 tahun ke atas.

Source: Mstar

Produksi: Red Communications Sdn Bhd

Produser: Tan Boon Huat

Director: Su May

Skrip: Azril Hamzah


ANGIN PERUBAHAN BARU BERTIUP

Pendirian Gabungan Bebas Penulis Skrip Malaysia Tentang Pencalonan GBPSM di AGM SWAM 2011



"Pendirian GBPSM ini diambil dari tulisan Puan Maizura Mohd Ederis di perbincangan antara ahli-ahli GBPSM di media internet pada Februari 2011." oleh Faznita Md Nor

Pendirian GBPSM :

1. Tidak sekali-kali merendah-rendahkan kredibiliti barisan kepimpinan SWAM yang sedia ada sekarang secara terbuka. Malah kita menghormati mereka dan sentiasa mengutamakan pandangan mereka. Ada diantara kepimpinan SWAM yang sedia ada sekarang yang dirujuk oleh GBPSM tentang pelbagai perkara. Jikalau GBPSM memperkecilkan kepimpinan sedia ada, GBPSM tidak akan menghubungi mereka setiap kali ada perjumpaan.

2. Tidak sekali-kali memperkecilkan karya, prinsip penulisan atau apa jua usaha penulisan rakan-rakan seangkatan secara terbuka di khalayak ramai. GBPSM menghormati semua orang dan mahu bekerjasama dengan semua pihak. Jikalau hendak memberi komen tentang karya rakan seangkatan, buat secara berdepan, hantar SMS, emel atau apa saja dan bincang lah secara sihat demi mempertingkatkan kualiti industri.

3. GBPSM mempunyai satu misi yang jelas yakni mempertingkatkan martabat penulis melalui layanan yang adil - misalnya sama seperti layanan yang diberikan terhadap pengarah dan pelakon - samada dari segi bayaran, kontrak, pendedahan di media, pendedahan di majlis-majlis anugerah, pelancaran, etc. Misi ini sederhana tetapi jelas dan bermanafaat utk penulis dan rata-rata penulis menyokong misi ini.

4. Buat masa ini GBPSM dengan sengajanya telah menjauhkan diri dari media kerana kita tak mahu dilihat seperti "ALL SHINE BUT NO SUBSTANCE" atau apa saja kontroversi atau provokasi oleh pihak media.

5. GBPSM menumpukan kepada penghasilan karya yang berkualiti dan produktif utk meningkatkan martabat penulis dan industri juga.

6. GBPSM sebenarnya sederhana dan realistik. Di dalam rekod kita menunjukkan terdapatnya sekitar 50-60 penulis yang aktif dan produktif dalam industri yang merupakan ahli SWAM, bukan SWAM, freelance dan in house, mainstream dan indie, Melayu dan bukan Melayu. Jumlah ini cukup untuk melumpuhkan industri kalau kita pakat 'boikot' tak mahu menulis.

7. Terdapat dua kemungkinan yang akan wujud dengan pencalonan wakil dari GBPSM bertanding di AGM SWAM 2011:

a) Pergi AGM dan menang

b) Pergi AGM dan kalah dan akan bertanding lagi pada tahun 2013 dengan penyokong yang lebih mantap.

Saya suka dengan kedua-dua kemungkinan ini. Sebab kita tak akan rugi apa-apa kalau nombor 2 terjadi. Kita tetap dapat menulis dengan projek-projek penulisan skrip yang sedia ada. InsyaAllah kehidupan selesa sekarang tak akan terjejas dengan kekalahan kita. Jikalau nombor 1 yang terjadi, kita pulak kena korbankan masa yang berharga ini untk menyakan misi GBPSM di atas. Namun saya yakin sekiranya GBPSM dalam mencapai misinya, secara keseluruhannya kehidupan sebagai penulis skrip di Malaysia ini akan lebih bermartabat dan lebih menguntungkan.

My Article


My article in KOSMO (09/02/2011)

PENNZOIL PASUKAN BARU CUB PRIX

MOHD. RUSLAN (tiga dari kiri) menyerahkan cek tajaan kepada wakil Pennzoil Fastrac Racing Team di Shah Alam semalam


PENGEDAR minyak pelincir jenama terkemuka UMW Pennzoil Malaysia bakal menyertai siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas 2011 musim ini.
Penubuhan pasukan baru iaitu Pennzoil Fastrac Racing Team bakal memberikan saingan sengit bagi merebut kejuaraan Cub Prix musim ini.
Sebagai jenama yang sinonim dalam dunia sukan permotoran dan selaku penaja rasmi pasukan, Pennzoil yakin penglibatannya pada perlumbaan itu mampu mengukuhkan pasaran produk.
Ia juga mampu meningkatkan kekuatan jenama di pasaran tempatan, selaras dengan strategi korporat Kumpulan UMW untuk mengembangkan perniagaan minyak pelincir mereka.
“Jenama rangkaian produk minyak motosikal Pennzoil Fastrac akan dijadikan sandaran bagi membuktikan kehebatan produk kami di gelanggang lumba,” kata Pengurus Besar UMW Pennzoil Distributors Sdn. Bhd., Mohd. Ruslan Abdul Ghani pada majlis penyerahan tajaan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.
“Sejak tahun 2006, Pennzoil telah melakar nama dalam sejarah sukan pemotoran rali tempatan dan membuktikan kehebatan produk apabila berjaya meraih beberapa kejuaraan.
“Kini tiba masanya untuk membuktikan kehebatan produk kami bagi gelanggang perlumbaan motosikal pula."
“Kami yakin pasukan ini mampu memberikan saingan sengit setanding dengan pasukan lain dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas 2011 tahun ini,” kata Mohd. Ruslan.
Pada majlis tersebut, UMW Pennzoil telah mengumumkan barisan pelumba di bawah Pennzoil Fastrac Racing Team yang dibarisi oleh lima penunggang terbaik iaitu dua orang mewakili kategori CP130, bersama tiga penunggang bersekutu bagi kategori Wira.
Antara bintang yang ditampilkan ialah gandingan adik-beradik, Ahmad Fazli Sham Ahmad Walat dan Ahmad Fazrul Sham Ahmad Walat yang masing-masing mempunyai rekod yang memberangsangkan.
Pasukan itu mendapat bimbingan bekas pelumba profesional iaitu Kuan Meng Heng selaku pengurus pasukan.

PELAKON RAFEEQ - GAMBAR TERBARU

LAGI GAMBAR-GAMBAR SEMASA SHOOTING RAFEEQ

Untuk tatapan sahaja ye, kena mintak permission kalau nak guna ye?

TQ.
Cicak, Boon & Arif Naim

Arif Naim & RAFeeQ

Arif Naim & RAFeeQ

Ezzrin Loy & NAS-T

Jessica Cross sbg KIERA

Hisham, Boon & Kiera

Kiera, Boon & Hisham

Penyelamat Dunia

RAFEEQ Episod 8

OK...EPISODE 8 RAFeeQ

Agak menarik, Arif Naim hendak menyiapkan projek sains nya.

Meminta bantuan RAFeeQ untuk menyelesaikan masalah seperti biasa, pasti ada yang tak kena nanti!

Saksikan di ASTRO CERIA #611, Setiap Ahad 10pagi, ulangan 7malam.

Sebarang komen dan cadangan yang membina diperlukan.

TQ!

RAFeeQ Episode 7

Hujung minggu ini Ahad, 10 pagi dan 7malam(ulangan).

Jangan lupa saksikan episode 7, RAFeeQ.

Kisah tentang Merentas Desa? Apa pulak halnya kali ni?

Jom kita ikuti kisahnya nanti.


PELAKON RAFEEQ

GAMBAR-GAMBAR MENARIK

Gambar-gambar "candid" semasa penggambaran RAFeeQ
Saksikan di ASTRO CERIA setiap AHAD, 10pagi dan 7mlm (ulangan)

Gambar adalah koleksi peribadi Adam Aliff (Boon)
(sekadar untuk tatapan - perlukan kebenaran dari blog ini)

Boon, Kiera & Hisham

Boon & Hisham

Boon & Arif Naim

Para Pelakon RAFeeQ

Arif Naim & Boon

Cicak & Boon

Hisham, Boon & Kiera

Siti Sarah & Boon

Kiera & Boon

RAFEEQ- Episode 6

Okay! Back to RAFeeQ Episode 6.

Untuk episode 6, RAFeeQ jatuh cinta?
Tapi macam ada masalah lah pulak?
Penyakit gatal datang lagi ke ada penyakit lain pulak?

Tengok aje lah RAFeeQ di ASTRO CERIA rangkaian 611.

Setiap Ahad, 10pagi dan 7petang(ulangan)

Layan!!!

KEKANDA ADINDA (English Translated version)

KEKANDA ADINDA 
(a literally English translated version)


Verse 1
(F) Oh dear Hubby don’t feel envy, cos I‘ve been promoted again 
(M) Oh lovely Wife, am not envy, for I’ll support you with all that I can 


Chorus 1: 
(F) So now I’d prefer to take my  time 
(M) But I wanted it now and then, 
(F) For I’m now a career lady, 
(M) What I want more is our 1st baby, 
(F) Your wife is not ready, 
(M) But I am forever ready, 
(F) So which one to choose now? 
(P + L) There’s no need to argue, 
There’s no need for us to disagree


 Verse 2: 
(M) Oh lovely wife, please don’t get suspicious or spark any jealousy 
(F) Oh dear Hubby, I need to be careful, for I’m not willing to share


Chorus 2 
(M) I’m working overtime, it is an overtime!
(F) That’s what I should be careful of, 
(M) This is all for the future of our family, 
(F) For me or for whom – we’ll see? 
(M) I’m on a night shift, 
(F) I’m on a day shift, 
(M) So, when can we meet? 
(P + L) There’s no need to argue, 
There’s no need for us to disagree


Bridge: 
(F) Oh my superhero,  my archangel, let's follow my  way! 
(M) Oh great princess, my diamonds, my  gems, let's follow my way! 
(F + M)  So how?  How are we going to solve this? 
What’s the decision will be? 


Verse 3 
(F) Oh my hubby, let’s try to communicate! 
(M) Oh my wife , better for us to tolerate! 


Chorus 3 
(P + L) Even when we swear til death do us part, we are actually different, 
(M) I’m from the North pole, 
(F) And I’m from the South pole 
(P + L) communication and tolerance! Is what we rally need, 
(P + L) There’s no need to argue, 
There’s no need for us to disagree


Coda * 
(M) Although we often in our own ways, 
(F) You’re still the prime, 
(M) and You’re always the first 
(F) You’re my everything 
(M) And you’re my Life, 
(P + L) We will always be happy together 
Happy together 
Forever and ever, 
and happily ever after!






This is an unapproved translated version - but it'll do for now. 
Do change it accordingly if you think you have a better version.


p/s:Loque: if you read this...I'm just contributing to those non-Malay speaking audience(s). as requested by them. Haha!

WELCOME 2011

Hello...hello 2011....Goodbye...goodbye 2010

So what's your resolution for this year?

I have quite a long lists with me...may be I will just do it one by one...

One of it will be - to update this blog as often as I could...

Today - 01.01.2011

What a good day to start a new year!

Don't forget to support my writings and works.
Looking forward to contribute to the world....again.

Whatever that means....


Cheers!

Share This Please?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...