DRAMA NORA ELENA TV3 Episod Sinopsis


DRAMA NORA ELENA
SLOT AKASIA TV3
7mlm setiap Isnin - Khamis
bermula 9 Mei 2011



Siti Saleha sbg Nora Elena
&
Aaron Aziz sbg Seth Tan

Zul Ariffin sbg Eid


Ep 1

Kisah bermula - Nora Elena (lakonan Siti Saleha) semasa berumur 15 tahun telah diragut kesuciannya satu masa dahulu oleh seorang lelaki bertopeng.

2011 - Nora Elena dipaparkan menjadi seorang wanita yang tidak percayakan lelaki tetapi hatinya telah dimiliki oleh tunangnya, Eid (Saiful Idham lakonan Zul Ariffin). Eid pula amat sibuk mengejar kerjaya dan menyanjung tinggi Bos di syarikatnya iaitu Seth Tan (lakonan Aaron Aziz) yang dianggap sebagai mentor.

Insiden air tertumpah dibaju Seth membuatkan Nora Elena terpaksa membasuh baju Seth...bermulalah detik dimana Seth terserempak dengan tunangan orang ini dan seperti ingin mengenali Nora Elena dengan lebih dekat lagi.

WALKTHROUGH YANG LEBIH DETAIL DISINI (ulasan dari Ms. Leanne!)

__________________________________________________________________

Ep 2

Yvonne dalam diam ada menaruh hati terhadap Seth dan mula bertanya bagaimana Seth mengenali tunangan Eid, pekerjanya. Barulah sekarang Seth sedar Nora Elena adalah milik Eid.

Dalam masayang sama, Nora Elena cuba untuk memberitahu Eid yang dia bukan perawan. Nora tiada peluang kerana Eid sibuk dan ada saja kejadian yang tidak memberi peluang kepada Nora untuk memberitahu perkara sebenar pada Eid. Nora dalam dilemma kerana isu ini mungkin penting demi perkahwinan mereka.

Eid masih lagi sibuk dengan kerjanya. Peluang untuk bertemu dengan Nora Elena digunakan Seth apabila Nora dipelawa untuk dihantar ke butik pengantin untuk mencuba baju perkahwinannya yang akan berlangsung dalam masa 3 minggu lagi.

Nora yang mahukan Eid hadir untuk mencuba baju pengantin tidak dapat menahan marah apabila Seth yang hadir melihatnya memakai baju pengantin. Mungkin perkara itu tidak disengajakan ataupun takdir.

WALKTHROUGH YANG LEBIH DETAIL DISINI (ulasan dari Ms. Leanne!)

__________________________________________________________________

DAH DEMAM? JOM SAMBUNG EPISODE 3 LA PULAK?

Episode 3

Nora Elena masih tertanya-tanya betulkah Amir yang merampas kesuciannya satu waktu dahulu?

Amir bertemu dengan Seth yang dahulunya mengenali sesama sendiri semasa di Kg. Sepakata Jaya, Mersing.

Seth pula masih lagi terus mencari Nora Elena yang sebenar dan Maria adiknya telah menemui Nora Elena melalui facebook dengan nama Qaseh Suchi.

Eid pula mengetahui tentang insiden Seth Tan menjemput Nora Elena di butik pengantin, mula mengesyaki yang bukan-bukan.

Apakah tindakan Eid yang seterusnya?

WALKTHROUGH YANG LEBIH DETAIL DISINI (ulasan dari Ms. Leanne!)

__________________________________________________________________

INFORMASI TAMBAHAN:

Pengarah: Jet Li
Pelakon Utama: Siti Saleha dan Aaron Aziz
Penulis Cerita Asal: Meen Zulaikha (Penulis Novel Kasih Yang Suci - Alaf 21)
Kredit Gambar dari Nurizspace.com

KLIK DISINI untuk menjadi peminat NORA ELENA di FACEBOOK.

SEARCH TWITTER DISINI

__________________________________________________________________



4 comments:

  1. O_O! is it okay to link my entry yang bahasa pasar tu kat sini? aduhai segannya saya~ anyway, i don't know how you find my recaps, but i really appreciate what you guys have done in order to bring Nora Elena into our TV =D good job! i enjoy the show immensely! ^^

    ReplyDelete
  2. Cik Leanne,keep up doing those RECAPS for NORA ELENA! Its interesting and fun to read! Bravo to you! I definitely recommend ur blog for those who seek justice in the story...Cheers

    ReplyDelete
  3. The biggest menage of cholesterol drugs, advisable to electrical switch to an substitute dieting and find fault up
    new sound nutrient habits.

    My website :: treatment in of pregnancy cholesterol

    ReplyDelete

Share This Please?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...