NORA ELENA

SETH TAN & NORA ELENA


Salam,

Dah lama tak update blog ni sebab terlampau sibuk "pecah kepala" untuk skrip terbaru.
Kali ini untuk filem pulak....apa? Nora Elena? Bukan filem Nora Elena...belum lagi...

InsyaAllah sampai masa akan war-warkan disini.

Sesuai dengan tajuk entry kali ni...just nak share beberapa penemuan penting untuk
NORA ELENA...yang dah masuk episode ke 12...minggu depan ep13 la pulak...dan lepas tu kira sendiri ye...sedar tak sedar dah 3 minggu Nora Elena muncul menghiburkan hari anda dan mungkin terbawa-bawa kedalam tidur anda...

Jadi kalau nak memeriahkan lagi berborak tentang siri Drama Nora Elena silalah ke:

FORUM - Di sini anda bolehlah mencari thread yang bersesuaian dengan NE, untuk anda sama-sama memeriahkan forum Nora Elena.

FACEBOOK - Di sini pula tempat anda bersembang lagi dengan peminat NE, yang sudah menjangkaui lebih 20K peminat.

Suka saya nyatakan disini, episode yang berikut akan lebih suspen/lucu lagi...nak tahu ending? Tengok jelah sama-sama...tak mahu jadi spoiler nanti...

Cuma apa yang boleh saya nyatakan, novel KASIH YANG SUCI dan DRAMA NORA ELENA adalah dua entiti yang berbeza - jalan cerita dan watak yang lebih kurang sama - nama pun adaptasi longgar - jadi sudah semestinya kepuasan penonton lain akan di ambil kira.

Okay...ini saje entri buat kali ni...nak sambung menulis skrip yang lain pulak...InsyaAllah...

Ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah pada Kak Maizura Ederis dan Shida Zali, kerana berjaya menjadikan Nora Elena sebuah cerita yang dahsyat...respek!!

Semoga lebih banyak karya sebegini rupa dapat dihasilkan dengan sambutan yang baik dari para penonton...terima kasih!




1 comment:

  1. if ada banyak lagi drama best mcm Nora Elena, i bet industri drama & filem negara kita akan makin meriah! teruskan usaha!

    FIGHTING!

    ReplyDelete

Share This Please?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...